Thursday, July 24, 2008

Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

oleh
Razali Ayob

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas?

Bertanya atau Menyoal?

Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza.

Lihat contoh berikut;

1 a) Harga kereta baru kamu berapa?
b) Berapakah harga kereta baru kamu?

2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat?
b) Kenapa cikgu nak tahu?

Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat.

Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan anda?

Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau suasana yang selesa dan menyenangkan.

Lihat contoh berikut:

3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat?
b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan?
c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk?

Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata tanya. Jika anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan” atau “menuduh” anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri.

Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan terbuka tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh
4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua?
b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini?
Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak”
Contoh
5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?”
b) Apa yang membuat kamu nampak risau?”
c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah?
d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas?

Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang.

Thursday, July 17, 2008

Menghasilkan cerita pendek

Kepada semua pelajar, hasilkan satu cerita pendek berbentuk inovasi dan kreatif yang sesuai untuk pelajar menengah rendah. Tema cerita bebas.

Penilaian bercerita

KRITERIA

1. ISI PERSEMBAHAN
Isi cerita menarik, tema sesuai, meyakinkan, seronok

2. BAHASA DAN PERTUTURAN.
Bahasa menarik, berintonansi, kurang kesilapan tatabahasa, sebutan betul, jelas dan bahasa baku.

3. PENGHAYATAN
Lancar, tidak menghafal, tidak lupa

4. GAYA PERSEMBAHAN/TEKNIK.
Menarik, tenang, meyakinkan, bersahaja, tidak stereotaip.

5. KONTAK MATA/BAHASA TUBUH
Sejauh mana ia berperanan dan menarik perhatian serta meninggalkan kesan kepada pendengar.

6. TEMPO DAN MASA, KAWALAN SUARA
Dapat menyampaikan mengikut tempo dan masa yang sesuai. Nada suara bersesuaian dengan cerita/ulasan.

Seni Bercerita

1. Ekspresi
  • mengetahui apa yang mahu anda katakan
  • lahirkan apa yang anda rasakan
  • fikirkan apa yang anda maksudkan
  • melahirkan ekspresi muka yang betul
  • bersahaja

2. Suara

  • bercakap dgn mudah, perlahan dan tepat
  • suara secukup didengar dengan mudah
  • berhati-hati dengan sebutan
  • gunakan nada yang rendah tetapi sedap didengar

3. Pengaturan masa

  • berhenti seketika (PAUSE) menukar kelajuan
  • tukar nada (RENDAH/TINGGI)
  • pelbagaikan tekanan suara
  • perlahan-lahan bina kemuncak

4. Pergerakan tangan dan kepala (GESTURE)

  • pergerakan bercerita menjadi lebih menarik

5. Bercerita dengan kuat

  • Menggunakan bahasa dengan baik: membuat intonasi yang sesuai, gaya dan mimik muka yang betul.
  • Menggunakan ilustrasi atau gambar yang sesuai untuk menarik perhatian.

Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
  • memilih cerita yang sesuai
  • menghafal isi-isi penting
  • sediakan alat bantu mengajar
  • kesediaan pelajar
  • murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
  • mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
  • pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
  • pastikan suara jelas dan lantang
  • kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas
  • mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
  • ayat dan perkataan mudah difahami murid
  • disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
  • aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

  • Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
  • Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
  • Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
  • Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
  • Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
  • Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
  • Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
  • Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
  • Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita

3. Sesi Bercerita

  • Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
  • Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
  • Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
  • Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup

  • Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

5. Aktiviti penutup

  • Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
  • Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
  • Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Maklumat Pengajaran Mikro

1. Pengajaran mikro sesi 1 (5 minggu) akan bermula pada 24 Julai 2008
a) Kumpulan 1: Kemahiran bercerita (Minggu 3)
b) Kumpulan 2: Kemahiran menerang (Minggu 4)
c) Kumpulan 2: Kemahiran menyoal (Minggu 5)
d) Kumpulan 3: Kemahiran pengukuhan (Minggu 6)
3) Kumpulan 4: Kemahiran menggunakan papan tulis (Minggu 7)

2. Pengajaran mikro sesi 2 (5 minggu)
a) Kumpulan 1:Kemahiran permulaan pengajaran (Minggu 9)
b) Kumpulan 2:Kemahiran variasi rangsangan (Minggu 10)
c) Kumpulan 3:Kemahiaran membentuk kumpulan (Minggu 11)
d) Kumpulan 4:Kemahiran menggunakan alat bantu (Minggu 12)
e) Kumpulan 5:Kemahiaran menutup pelajaran (Minggu 13)

3. Markah pengajaran mikro
  • 15 markah bagi setiap sesi

4. Kemahiran Insaniah yang akan dinilai

  • Kemahiran komunikasi
  • Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
  • Kemahiran kepimpinan

5. Pengajaran mikro akan dinilai oleh pensyarah dan rakan sebaya

6. Selepas setiap sesi pengajaran mikro sesi refleksi akan dilakukan oleh pelajar dengan bimbingan pensyarah.

7. Kelas pengajaran mikro akan diadakan di makmal P&P Fakulti Bahasa

8. Masa: 2-3.00 ptg (Hari Khamis)