Monday, September 1, 2008

Menggunakan papan tulis secara optima

Papan tulis jika dimanfaatkan secara optima menjadi media yang efektif dalam pencapaian kompetensi hasil belajar murid. Media atau teknologi yang dikatakan efektif untuk mengekplorasi kompetensi murid ialah apabila:
(1) Digunakan untuk menyajikan maklumat secara sistematik.
(2) Memperjelas idea-idea yang masih kabur dalam sumber belajar lain.
(3) Memberikan penerangkan kontekstual terhadap isi pelajaran.
(4) Maklumat yang disajikan dapat dilihat/dibaca dengan jelas oleh sebagian besar murid.
(5) Kesan dari maklumat yang disajikan menarik dan memiliki makna (misalnya dengan penggunaan warna, grafik, jadual).
(6) Dapat dimanfaatkan secara seimbang antara kegiatan guru dan kegiatan murid.

Jika papan tulis dianggap sebagai sebuah bidang utuh, maka bidang tersebut dapat dibahagikan secara khayal oleh guru kepada tiga bahagian.
Bahagian tersebut komposisinya adalah 20% di sebelah kiri, 60% di tengah, dan 20% di sebelah kanan.
Bahagian kiri untuk menuliskan fokus pembelajaran, dan sering juga dikenal sebagai tujuan pembelajaran. Bahagian ini harus dipertahankan tidak dihapus sebelum pelajaran diakhiri.

Bahagian tengah dapat digunakan oleh guru untuk menulis bahan pembelajaran dan juga digunakan sebagai tempat untuk unjuk kerja murid dalam menyelesaikan soalan latihan.
Bahagian tengah dapat ditulis-dihapus berkali-kali selama proses pembelajaran berlangsung.

Bahagian kanan dari papan tulis digunakan untuk menuliskan kesimpulan-kesimpulan hasil proses pembelajaran. Kesimpulan tersebut harus ditulis secara sistematik dan dapat dibandingkan korelasinya dengan indikator hasil belajar.

Jika murid telah memiliki buku cetak dan sumber belajar yang lengkap, bahagian di papan tulis kanan tetap perlu ditulis kembali sebagai rangkuman yang dapat mengingatkan kepentingan maklumat selama proses pembelajaran.

Penggunaan lain papan tulis
  • Papan tulis juga dapat digunakan sebagai media untuk menempelkan atau menayangkan maklumat.
  • Poster-poster atau hasil pembuatan peta konsep murid dan guru pada kad manila dapat ditampalkan pada papan tulis untuk menggantikan kaedah menulis.
  • Jika papan tulis yang dimiliki sekolah berwarna putih, papan tulis tersebut juga dapat dimanfaatkan sebagai pengganti layar untuk menayangkan slide OHP atau slide dari LCD Projektor.


    Perbincangan
    Nyatakan setiap kelebihan dan kekurangan papan pengajaran.
    Apakah papan pengajaran yang terbaik pada zaman ICT ini? berikan alasan anda.

Kemahiran menggunakan papan tulis/pengajaran

Pengenalan
Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oleh guru untuk menyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.
Terdapat beberapa jenis papan unjuran:
1. Papan Tulis
2. Papan putih
3. Papan Magnetik
4. Papan Flip
5. Papan Pameran / Papan Kenyataan
6. Papan Flanel
7. Papan Gulung
8. Papan Slip
9. papan Elektronik

Papan Tulis
Para guru telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.
• Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah• Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.• Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.• Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan



Papan Putih
Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.
• Tidak ada habuk• Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.• Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.• Boleh dihasilkan sendiri

Papan Magnetik
Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.
Kelebihan :
• Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah• Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.• Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ke tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu.


Papan Flip
Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.
Kelebihan.
• Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.• Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk belajar berkumpulan.• Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.


Papan Pameran Papan Kenyataan
Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki.
Kelebihan
• Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat• Senang ditampal maklumat• Tidak memakan ruang• Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.


Papan Flanel
Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :
• Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.• Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.• Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan• Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.• Menggalakkan penglibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.• Senang disimpan, dibawa atau digunakan.


Papan Gulung
Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.
Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;
• Mudah dibuat• Mudah dibawa, digunakan atau disimpan• Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.• Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan Slip
Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.
Kelebihan :
• Boleh dibuat sendiri• Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah• Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.• Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.
Sumber: Sharifah Alwiyah Alsagoff

Thursday, July 24, 2008

Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

oleh
Razali Ayob

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas?

Bertanya atau Menyoal?

Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza.

Lihat contoh berikut;

1 a) Harga kereta baru kamu berapa?
b) Berapakah harga kereta baru kamu?

2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat?
b) Kenapa cikgu nak tahu?

Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat.

Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan anda?

Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau suasana yang selesa dan menyenangkan.

Lihat contoh berikut:

3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat?
b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan?
c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk?

Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata tanya. Jika anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan” atau “menuduh” anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri.

Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan terbuka tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh
4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua?
b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini?
Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak”
Contoh
5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?”
b) Apa yang membuat kamu nampak risau?”
c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah?
d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas?

Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang.

Thursday, July 17, 2008

Menghasilkan cerita pendek

Kepada semua pelajar, hasilkan satu cerita pendek berbentuk inovasi dan kreatif yang sesuai untuk pelajar menengah rendah. Tema cerita bebas.

Penilaian bercerita

KRITERIA

1. ISI PERSEMBAHAN
Isi cerita menarik, tema sesuai, meyakinkan, seronok

2. BAHASA DAN PERTUTURAN.
Bahasa menarik, berintonansi, kurang kesilapan tatabahasa, sebutan betul, jelas dan bahasa baku.

3. PENGHAYATAN
Lancar, tidak menghafal, tidak lupa

4. GAYA PERSEMBAHAN/TEKNIK.
Menarik, tenang, meyakinkan, bersahaja, tidak stereotaip.

5. KONTAK MATA/BAHASA TUBUH
Sejauh mana ia berperanan dan menarik perhatian serta meninggalkan kesan kepada pendengar.

6. TEMPO DAN MASA, KAWALAN SUARA
Dapat menyampaikan mengikut tempo dan masa yang sesuai. Nada suara bersesuaian dengan cerita/ulasan.

Seni Bercerita

1. Ekspresi
  • mengetahui apa yang mahu anda katakan
  • lahirkan apa yang anda rasakan
  • fikirkan apa yang anda maksudkan
  • melahirkan ekspresi muka yang betul
  • bersahaja

2. Suara

  • bercakap dgn mudah, perlahan dan tepat
  • suara secukup didengar dengan mudah
  • berhati-hati dengan sebutan
  • gunakan nada yang rendah tetapi sedap didengar

3. Pengaturan masa

  • berhenti seketika (PAUSE) menukar kelajuan
  • tukar nada (RENDAH/TINGGI)
  • pelbagaikan tekanan suara
  • perlahan-lahan bina kemuncak

4. Pergerakan tangan dan kepala (GESTURE)

  • pergerakan bercerita menjadi lebih menarik

5. Bercerita dengan kuat

  • Menggunakan bahasa dengan baik: membuat intonasi yang sesuai, gaya dan mimik muka yang betul.
  • Menggunakan ilustrasi atau gambar yang sesuai untuk menarik perhatian.

Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
  • memilih cerita yang sesuai
  • menghafal isi-isi penting
  • sediakan alat bantu mengajar
  • kesediaan pelajar
  • murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
  • mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
  • pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
  • pastikan suara jelas dan lantang
  • kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas
  • mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
  • ayat dan perkataan mudah difahami murid
  • disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
  • aktiviti susulan

2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita

  • Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
  • Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
  • Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
  • Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
  • Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
  • Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
  • Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
  • Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
  • Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita

3. Sesi Bercerita

  • Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
  • Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
  • Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
  • Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

4. Penutup

  • Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu

5. Aktiviti penutup

  • Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
  • Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
  • Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar