Thursday, July 24, 2008

Kemahiran Menyoal Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

oleh
Razali Ayob

Menyoal atau bersoal jawab sering menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar sama ada dalam kelas KBSR ataupun KBSM. Apabila pelajar ditanya sama ada mereka mempunyai soalan atau tidak, mereka akan berdiam diri atau memberitahu tidak mempunai soalan. Adakah benar pelajar-pelajar tidak mempunyai soalan untuk ditanya tidaklah dapat dipastikan. Namun satu soalan yang boleh ditimbulkan disini ialah adakah guru telah mengajar kemahiran menyoal kepada pelajar-pelajar di dalam kelas?

Bertanya atau Menyoal?

Salah satu perkara yang penting ketika berkomunikasi ialah aktiviti bertanya dan menyoal. Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk kita mendapatkan sesuatu maklumat tetapi dapat membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling memahami dan bekerjasama. Dalam hal ini bertanya dan menyoal sebenarnya mempunyai makna yang berbeza.

Lihat contoh berikut;

1 a) Harga kereta baru kamu berapa?
b) Berapakah harga kereta baru kamu?

2 a) Ahmad, kenapa kamu selalu datang lambat?
b) Kenapa cikgu nak tahu?

Ayat 1(a) dan 1(b) merupakan ayat tanya yang ditandai dengan kata tanya dan tanpa kata tanya. Kedua-dua ayat tersebut diucapkan dengan maksud cuba mendapatkan maklumat.

Sebaliknya ayat 2(a) dan 2(b) walaupun ayat tanya tetapi tanpa kita sedari ayat-ayat tersebut lebih berbentuk menyoal, menyalah atau cuba menuduh. Agaknya apa perasaan anda?

Bila bertanya kita tidak mungkin menyakiti hati orang yang kita tanya. Sedapat mungkin kita cuba menjaga hubungan kita. Kita mahu komunikasi kita berada dalam iklim atau suasana yang selesa dan menyenangkan.

Lihat contoh berikut:

3 a) Kenapa kamu tak telefon saya, kamu datang lambat?
b) Apa sebab kamu beli barang yang tak diperlukan?
c) Kamu tak tahukah cikgu sibuk?

Ayat-ayat di atas kelihatan seperti bertanya kerana ditandai dengan tanda tanya dan kata tanya. Jika anda seorang pelajar yang “ditanya” oleh guru anda, apa perasaan anda. Tentu sahaja anda akan terasa tersinggung kerana guru anda “menyalahkan” atau “menuduh” anda datang lambat tanpa bertanya sebabnya terlebih dahulu. Ayat-ayat seperti di atas adalah ayat menyoal dan bukannya bertanya. Yang membezakan makna bertanya dan menyoal ialah fungsi pertanyaan itu sendiri.

Ada dua jenis pertanyaan, iaitu pertanyaan tertutup dan pertanyaan terbuka. Pertanyaan terbuka tidak memadai hanya dijawab “ya” atau”tidak “ sahaja. Contoh
4 a) Cikgu bercadang hendak mengadakan lawatan ke Pulau Pinang masa cuti pertengahan tahun. Apa pendapat kamu semua?
b) Mengapa agaknya masalah disiplin pelajar semakin teruk ketika ini?
Pertanyaan tertutup pula memerlukan jawapan yang tegas, tepat dan “ya” atau “tidak”
Contoh
5 a) Sudah berapa lama kamu tinggal dengan nenek?”
b) Apa yang membuat kamu nampak risau?”
c) Ada atau tidak cadangan lain yang boleh kita kemukakan kepada pihak sekolah?
d) Adakah kamu semua setuju Karim dilantik sebagai ketua kelas?

Ayat 5 a) dituturkan dengan maksud untuk mendapatkan fakta, ayat 5 b) pula untukmengetahui perasaan. Bentuk pertanyaan seperti Ayat 5 c) biasanya jika kita cuba mencari maklumat tambahan, membuat pemerincian atau mencari perbezaan pendapat. Ayat 5 d) pula lebih bercorak cuba menguji sikap, perasaan atau pendiriaan seseorang. Dalam hal ini seseorang penutur perlu bijak memanipilasi bentuk kata tanya. Apa yang penting elak diri daripada menyinggung perasaan seseorang.

2 comments:

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

saya masih xfaham
nak bezakan menyoal dan bertanya..
bila bc saya fhm..tapi nak praktik kan dalam kelas keliru pula..

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

kemahiran lain encik..
:)